Saturday, 1 March 2014

Langkah-Langkah Menggunakan Sistem e-MBJ JKKP Sarawak (Versi 2.0)

Selepas dibentangkan dalam Friday Update JKKP Sarawak pada 28 Februari 2014 yang lepas, Sistem e-MBJ JKKP Sarawak ditambahbaik atas komen dan cadangan pegawai JKKP Sarawak untuk menjadikan sistem ini lebih mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua pegawai JKKP Sarawak. Berikut adalah Langkah-Langkah Menggunakan Sistem e-MBJ JKKP Sarawak (Versi 2.0):


1. Paparan utama Sistem e-MBJ (MBJ adalah singkatan kepada Majlis Bersama Jabatan).


2. Masukkan ID dan Kata Laluan yang diberikan.


3. Paparan Menu Pilihan Sistem e-MBJ. Sila pilih Borang Aduan / Cadangan Wakil Pekerja, dan kemudian klik butang ‘Seterusnya’.


4. Paparan Borang Aduan / Cadangan adalah seperti ini. Seterusnya klik butang ‘Tambah’.


5. Selepas klik butang ‘Tambah’ paparan borang kosong akan terpapar seperti di atas. 


6. Sila isi aduan / cadangan / maklumbalas masing-masing seperti contoh di atas.


7. Kemudian, klik Butang ‘Simpan’. Paparan tersebut akan terpapar semula.


8. Seterusnya, pilih Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai (sekiranya ingin mengemaskini maklumat permohonan pindah pegawai) dan klik Butang ‘ Seterusnya’.


9. Paparan Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai ini akan terpapar.


10. Masukkan maklumat permohonan pindah pegawai seperti di atas.


11. Seterusnya, klik Butang Simpan dan paparan di atas akan terpapar. Untuk keluar, pengguna boleh klik Butang ‘Keluar’.



Thursday, 27 February 2014

Langkah-Langkah Menggunakan Sistem e-MBJ JKKP Sarawak

Sistem e-MBJ telah dibangunkan untuk memudahkan semua pegawai JKKP Sarawak (termasuk Pejabat Cawangan Miri, Sibu & Bintulu) memberi cadangan, aduan dan maklumbalas mengenai isu-isu wakil pekerja secara terus dengan menggunakan sistem pangkalan data. Langkah-langkah menggunakan Sistem e-MBJ ini adalah seperti berikut:


1. Paparan utama Sistem e-MBJ (MBJ adalah singkatan kepada Majlis Bersama Jabatan).


2. Masukkan Login ID sebagai JKKP Sarawak dan masukkan Kata Laluan masing-masing, kemudian Klik Butang Log Masuk.


3. Paparan Menu Pilihan akan terpapar. Untuk ke Borang Aduan / Cadangan Wakil Pekerja (Kod Borang: WP-01), sila pilih dan kemudian Klik Butang 'Seterusnya'.


4. Ini adalah Borang Aduan/Cadangan Wakil Pekerja JKKP Sarawak. Selepas melengkapkan ruangan Nama pegawai, Jawatan, Gred dan Maklumat Aduan/Cadangan, klik Butang Simpan. Butang Tambah digunakan untuk menambah maklumat aduan / cadangan. Seterusnya Klik Butang 'Menu Pilihan' untuk kembali kepada pilihan Menu.


5. Satu jenis borang yang telah dibuat oleh Wakil Pekerja MBJ Sesi 2014 adalah Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai (Kod borang: WP-02). Untuk pergi ke borang tersebut, sila pilih dan klik Butang ' Seterusnya'.


6. Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai ini bertujuan mendapatkan data peratusan pegawai yang ingin memohon berpindah ke wilayah asal. Oleh yang demikian, pegawai JKKP Sarawak yang berhajat untuk berpindah bolehlah mengisi maklumat ke dalam borang yang disediakan oleh pihak Wakil Pekerja ini.



Thursday, 13 February 2014

Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai - Wakil Pekerja JKKP Sarawak (Kod Borang: WP02)

Disertakan Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai (Kod Borang: WP02) untuk kegunaan semua pegawai JKKP Sarawak.
 
Borang yang telah lengkap diisi bolehlah di emel ke demipekerja@gmail.com
 

 

 

Borang Aduan / Cadangan Wakil Pekerja JKKP Sarawak (Kod Borang: WP01)

Disertakan Borang Aduan / Cadangan Wakil Pekerja Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak (Kod Borang: WP01) untuk kegunaan semua pegawai JKKP Sarawak.
 
 
Borang yang telah lengkap diisi bolehlah di emel ke demipekerja@gmail.com
 



Friday, 7 February 2014

Kemaskini Pergerakan Pegawai Seharian dengan GoogleTalk

Isu ini dibangkitkan oleh Wakil Pekerja pada tahun lepas. Kaedah terbaik telah dilaksanakan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak di mana aplikasi GoogleTalk telah di install pada semua komputer dan notebook jabatan bagi memudahkan semua pegawai Log In emel Gmail masing-masing untuk menggunakan aplikasi berkenaan untuk memudahkan komunikasi di antara pegawai khususnya Pegawai Kaunter. Bagi yang belum mempunyai akaun Gmail, bolehlah mendaftar sekarang. Klik sini untuk pendaftaran akaun Gmail anda.

Kaunter Tingkat 17, JKKP Sarawak


Dalam Google Talk ini, semua pekerja boleh menambah (add) Pegawai Khidmat Pelanggan di Kaunter Tingkat 17 menerusi emel Gmail norhaniza9160@gmail.com dan seterusnya bolehlah mengemaskini status pergerakan masing-masing (sekiranya terdapat tugasan luar pejabat atau ketiadaan di pejabat) kepada beliau untuk memudahkan PKP memberitahu kepada pelanggan yang ingin berjumpa dengan pegawai berkenaan.



Thursday, 6 February 2014

Maklumat Mengenai MBJ (Majlis Bersama Jabatan)

Disini kami ingin berkongsi kepada semua pekerja maklumat-maklumat yang berkaitan mengenai Majlis Bersama Jabatan (ataupun lebih dikenali sebagai MBJ).
























Pemilihan AJK 2014 / 2015

Perlantikan bagi AJK Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak Bagi Sesi 2014 - 2015 telah diadakan pada 4 Februari 2014 (Selasa) secara pengundian (angkat tangan). Keputusan undian adalah seperti berikut:

Pengerusi : Encik Asrol Bin Hawari
Timbalan Pengerusi : Encik Machenzee John
Setiausaha : Encik Mohamad Huzaifah Hamdan
Ahli-Ahli : Terdiri daripada Wakil-wakil Seksyen

1. Encik Wan Mohammad Farid Bin Wan Mohammad Azman (Seksyen Penguatkuasaan)
2. Encik Farhan Bin Baharuddin (Seksyen Pemeriksaan Statutori)
3. Encik Machenzee John (Seksyen Kerja Bina)
4. Puan Christina Anak Shak Shang (Seksyen Siasatan dan Pendakwaan)
5. Encik Winai A/L Isoon (Seksyen Risiko Khas / Promosi & Sumber)
6. Encik Ahmad Nazri Bin Abdullah (Seksyen Industri Kecil & Sederhana)
7. Encik Mohd. Fahmi Bin Abdul Talib (Seksyen Analisa dan Pemprosesan)
8. Encik Asrol Bin Hawari (Seksyen Higen Industri / Kesihatan Pekerjaan)
9. Encik Mohamad Huzaifah Hamdan (Seksyen Khidmat Pengurusan)
10. Encik Noordin Bin Saian (JKKP Cawangan Sibu)
11. Encik Muhammad Aminuddin Bin Rashid (JKKP Cawangan Miri)
12. Cik Christina Kelinah Anak Dunggat (JKKP Cawangan Bintulu)