Friday, 7 February 2014

Kemaskini Pergerakan Pegawai Seharian dengan GoogleTalk

Isu ini dibangkitkan oleh Wakil Pekerja pada tahun lepas. Kaedah terbaik telah dilaksanakan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak di mana aplikasi GoogleTalk telah di install pada semua komputer dan notebook jabatan bagi memudahkan semua pegawai Log In emel Gmail masing-masing untuk menggunakan aplikasi berkenaan untuk memudahkan komunikasi di antara pegawai khususnya Pegawai Kaunter. Bagi yang belum mempunyai akaun Gmail, bolehlah mendaftar sekarang. Klik sini untuk pendaftaran akaun Gmail anda.

Kaunter Tingkat 17, JKKP Sarawak


Dalam Google Talk ini, semua pekerja boleh menambah (add) Pegawai Khidmat Pelanggan di Kaunter Tingkat 17 menerusi emel Gmail norhaniza9160@gmail.com dan seterusnya bolehlah mengemaskini status pergerakan masing-masing (sekiranya terdapat tugasan luar pejabat atau ketiadaan di pejabat) kepada beliau untuk memudahkan PKP memberitahu kepada pelanggan yang ingin berjumpa dengan pegawai berkenaan.



No comments:

Post a Comment