Sistem e-MBJ telah dibangunkan untuk memudahkan semua pegawai JKKP Sarawak (termasuk Pejabat Cawangan Miri, Sibu & Bintulu) memberi cadangan, aduan dan maklumbalas mengenai isu-isu wakil pekerja secara terus dengan menggunakan sistem pangkalan data. Langkah-langkah menggunakan Sistem e-MBJ ini adalah seperti berikut:
1. Paparan utama Sistem e-MBJ (MBJ adalah singkatan kepada Majlis Bersama Jabatan).
2. Masukkan Login ID sebagai JKKP Sarawak dan masukkan Kata Laluan masing-masing, kemudian Klik Butang Log Masuk.
3. Paparan Menu Pilihan akan terpapar. Untuk ke Borang Aduan / Cadangan Wakil Pekerja (Kod Borang: WP-01), sila pilih dan kemudian Klik Butang 'Seterusnya'.
4. Ini adalah Borang Aduan/Cadangan Wakil Pekerja JKKP Sarawak. Selepas melengkapkan ruangan Nama pegawai, Jawatan, Gred dan Maklumat Aduan/Cadangan, klik Butang Simpan. Butang Tambah digunakan untuk menambah maklumat aduan / cadangan. Seterusnya Klik Butang 'Menu Pilihan' untuk kembali kepada pilihan Menu.
5. Satu jenis borang yang telah dibuat oleh Wakil Pekerja MBJ Sesi 2014 adalah Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai (Kod borang: WP-02). Untuk pergi ke borang tersebut, sila pilih dan klik Butang ' Seterusnya'.
6. Borang Maklumat Permohonan Pindah Pegawai ini bertujuan mendapatkan data peratusan pegawai yang ingin memohon berpindah ke wilayah asal. Oleh yang demikian, pegawai JKKP Sarawak yang berhajat untuk berpindah bolehlah mengisi maklumat ke dalam borang yang disediakan oleh pihak Wakil Pekerja ini.